About me

Assalamualaikum…

Nama mengikut kad pengenalan Asma Aishah Ismail tapi lebih mesra di panggil Asma atau Aishah.Berasal dari planet bumi yang menghijau, kemudian berhijrah ke Malaysia dan bertapak di Terengganu Darul Iman iaitu kampung halaman terchenta.Dilahirkan pada Mac 1987 di Hospital Besar Kuala Terengganu tepat jam 5.23 pagi. Memulakan persekolahan di Tadika Yayasan Islam Terengganu dan berakhir di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat.  Sekarang ini sedang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian Terengganu baru tiga bulan.

Domain dan tajuk blog..

Kisah domain dan nama blog yang tak selari sebab nak buat sedikit kelainan daripada blog  peribadi orang lain yang menggunakan tajuk blog dan domain dengan nama mereka sendiri.

Tapi kenapa isu-aku?

Sebab semua tulisan dalam blog ni adalah daripada isu di sekeliling aku dan diceritakan balik melalui penulisan mengikut citarasa diri sendiri. Maka tercipta lah Celoteh Asma.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Bought at Web.name.my for © 2010 Celoteh Asma. All rights reserved.
Proudly designed by Theme Junkie.
Russian Vodka