“Anakku Sazali dengarlah..
Lagu yang ayahanda kirimkan…”
Yang dekat atas ni lagu kasih sayang daripada seorang ayah kepada anaknya. Siapa tahu tajuk lagi ni. Dapat teka aku belanja korang. Air suam jela ye. Dah tak payah teka-teka lagi aku pasti korang semua dah tahu kan lagu Anakku Sazali tu. Chop, aku bukan nak buat pertandingan nyanyian lagu asli atau keroncong tapi terasa teringat pulak dekat lagu Tan Sri P. Ramlee bila terbaca cerita buang anak merata-rata. Habis semua tempat dorang ni buang mengalahkan sampah yang hanya dibuang di tong sampah.
Sekarang ni dah makin teruk kes buang anak. Dalam sehari sampai ada dua tiga kes yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan tak tahu lah banyak mana. Majoriti golongan yang terlibat ialah pelajar sekolah. Puncanya sebab seks luar nikah. Kalau tak mengandung tak ada hal lah. Dosa dorang tanggung sendiri.
Setiap kali ada kes buang bayi aku rasa macam nak pergi bantai je mak budak tu. Kesian si baby yang tak berdosa dikerumuni semut dan lalat di tong sampah. Nasib mereka pada masa akan datang tak tahu jadi macam mana. Nak kenal pasti bapak budak pun susah jugak sebab kadang kala si gadis ni main buat je dengan mana-mana lelaki. Bila dah mengandung semua tak nak mengaku.
Semua ni tak boleh salahkan ibu bapa seratus peratus sebab anak remaja sekarang tak suka di kawal. Ni bukan zaman 70-an mak bapak boleh bentuk anak sampai boleh jadi tiang. Langsung tak bengkok.
Bila kecanggihan teknologi menguasai dunia, dah tak ada lurus lagi dah. Yang boleh kawal hanya iman dan akal. Tapi susah jugak kalau iman nipis. Mula la nak cuba benda-benda mengarut. Kesudahannya, nah bertimbun anak haram.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
