Antara Epilog Syurga Cinta dan Adamaya

3

Dah 2 minggu slot Akasia dihiasi dengan drama baru “Epilog Syurga Cinta”. Namun sambutannya aku tengok tak sehebat Adamaya walaupun diterbitkan daripada syarikat yang sama. Epilog Syurga Cinta yang dibuat versi drama dicetus kerana drama Adamaya mendapat  sambutan yang sangat hebat.  Strategi Metrowealth kali ini lebih kapada ‘mengdramakan’ filem-filemnya yang box office. Namun penangan kuat Adamaya kemungkinan boleh menenggelamkan drama-dramanya yang akan datang kerana penonton telah meletakkan aras tertentu bahawa drama lain mestilah setanding Adamaya ataupun lebih hebat daripada Adamaya.

Lihat saja lah pengganti kepada drama Nur Kasih masih lagi tak mampu nak buat penonton demam drama. Kemungkinan rating Nur Kasih sebanyak 4.3 juta yang dikatakan tertinggi untuk slot Zehra tidak akan dicapai oleh drama lain. Dan aku jangkakan filem Nur Kasih nanti mesti meletop habis.

Sebagai pengkritik yang tak profesional, aku rasa banyak yang perlu diperbaiki oleh David Teo kalau dia nak filem versi drama dapat sambutan. Penambah baikkan daripada sudut pelakon, skrip, jalan cerita dan arahan mestilah mantap dan boleh memberi kesan kepada penonton.

Sepanjang 2 minggu lepas aku jadi penonton setia Epilog Syurga Cinta namun aku masih tak puas hati dengan drama tersebut.

Pelakon-pelakon kebanyakannya tak berapa nak glemer. Kadang-kadang tu bawak watak kurang menjadi. Contohnya, tunang kepada cikgu Siti Syuhada (Hanafi). Muka dia selamber aje. Tak boleh aku nak bezakan mimik muka dia time marah, sedih, seroius sebab muka dia hundred percent cool. Macam kaku pergerakan si Hanafi ni.

Watak heroin yang dipegang oleh Fyda dah nampak dah macam Heliza sikit-sikit tapi time dia bukak mulut je dahi dia terus berkerut. Zizan Nin yang ambik alih watak hero daripada Awal Ashari dalam filem aku tengok kurang sesuai nak bawak diri sebagai Irham. Macam pelik sikit dengan rambutnya yang berserabai. Tapi yang paling aku suka adik Mia. Memang sangat comel dan menarik.

Kalau nak banding dengan Adamaya, pelakon Adamaya lah jauh lagi hebat. Tambah-tambah ada Lisa Surihani yang menjadi pujaan setiap lelaki. Watak Dani memang ada kelass.

Nak tahu Epilog Syurga Cinta ni boleh lawan Adamaya atau tak tengok la sampai habis tiap-tiap minggu.

Jom Tengok Yang Ini Pulak:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Related Posts with Thumbnails

3 Responses

Leave a Reply

Bought at Web.name.my for © 2010 Celoteh Asma. All rights reserved.
Proudly designed by Theme Junkie.