Akhirnya merpati dua sejoli yang menarik perhatian ramai dengan melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci telah selamat meraikan majlis persandingan meraka di Hotel One World semalam. Majlis gilang- gemilang tersebut yang berlangsung pada pukul 9 malam telah dihadiri tetamu VVIP iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Umie yang memakai persalinan baju pengantin berwarna merah kelihatan sangat cantik dengan di temani sang suami yang segak disisi nya. Busana Umie itu telah direka oleh Jovian Mandagie yang turut mereka pelaminnya. Saya seronok mendengar kata-lata Umie mengenai kebahgiannya bercinta lepas kahwin.
Saya tak boleh nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin. Semasa baru lepas bernikah, saya rasa kelakar apabila duduk berduaan dengannya. Kenangan waktu itu sangat bahagia dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli.
Jom kita layan gambar Umie di majlis beliau semalam.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.




peh grand nya
hmm… teringat aku gambar kat depan kaabah tu
[Reply]
admin Reply:
March 30th, 2010 at 7:57 pm
biasa la nama pon artis..kawin pulak dengan datuk..for sure majlis grand..kalau saya, berangan saje boleh la
[Reply]
umie memang anggun tapi yg sebelah tu kurang sikitt..
[Reply]
admin Reply:
April 1st, 2010 at 7:20 pm
hehe..yeke kurang sikit..
[Reply]