Kisah Kucing dan Harimau

2

Sepanjang hidup 23 tahun saya tak pernah lagi dengar cerita pasal harimau dan kucing.Setakat cerita kancil dan buaya sudah lama tahu. Saya tahu cerita kucing dengan harimau pun tadi sebab ternampak kucing mengais-ngais pasir untuk tutup najis dia dengan pasir lepas berak. Nak di jadikan cerita, seorang kawan saya membuka sejarah kenapa kucing selalu tutup tahi dia dengan pasir.

Mesti ramai lagi yang tak tahu sejarah dua ekor binatang ni. Cerita ni datang di zaman nenek moyang dahulu. Tapi sejauh mana kebenarannya yang itu saya tak tahu ya. Di zaman dahulu kala, harimau memang baik dengan kucing. Harimau ni anak murid kucing. Macam-macam ilmu yang harimau belajar daripada kucing tapi ada satu saja ilmu kucing tak beri pada harimau iaitu ilmu memanjat pokok.

Bila sang rimau tahu yang sang kucing tak ajar ilmu panjat pokok, apa lagi mengamuk sakan sang harimau. Oleh sebab nak marah sangat pada kucing, harimau ni mengeluarkan satu statement akan baham kucing dengan tahi-tahinya sekali. Apa lagi, kucing pun takut la dengan ugutan harimau. Sejak itu, selepas berak mesti kucing akan menimbus tahinya dengan pasir untuk elak daripada dikesan oleh harimau.

Perbuatan nenek moyang kucing itu sampai sekarang masih diamalkan oleh kucing-kucing di seluruh dunia walaupun kucing sekarang sudah moden.


Jom Tengok Yang Ini Pulak:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses

Leave a Reply

Bought at Web.name.my for © 2010 Celoteh Asma. All rights reserved.
Proudly designed by Theme Junkie.