Belajar Seks

2

Teringat semasa di zaman sekolah rendah bila cikgu tanya apa cita-cita awak, dengan penuh semangat saya jawab saya nak jadi cikgu. Masa tu memang syok sangat tengok cara cikgu mengajar tulis dekat papan hitam guna kapur putih. Oleh sebab minat nak jadi cikgu sangat mendalam pada masa itu, saya selalu meniru gaya cikgu di rumah sampai saya pernah menyuruh emak membelikan sebuah papan hitam untuk saya. Pada masa itu saya kerahkan sepupu dan adik untuk menjadi anak murid.

Itu cerita cita-cita saya di zaman sekolah. Bila masuk universiti lain pula cita-citanya. Apa yang saya lihat, kerjaya guru di zaman sekarang sangat mencabar untuk mendidik anak-anak murid yang serba moden. Tambahan pula baru-baru ini Kementerian Pendidikan mahu mewujudkan subjek pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah. Yang menjadi halangannya sekarang ini ialah guru-guru kita masih tidak bersedia untuk mengajar subjek berkenaan terutamanya di sekolah menengah.

Perkataan seks itu sendiri sudah menunjukkan sesuatu yang menjijikkan dan hal ini menyebabkan para guru tidak yakin untuk mengajar subjek tersebut. Pendidikan seks masih lagi sesuatu yang baru di negara ini dan ia bukan lah budaya masyarakat kita. Sebelum subjek seks betul-betul di ajar di sekolah, kementerian haruslah mengkaji dengan mendalam kesan yang bakal berlaku dengan mengambil kira pandangan ibu bapa.

Bagi saya mengajar pendidikan seks di sekolah rendah tidak berapa berat jika di bandingkan mengajar di sekolah menengah sebab mereka masih di bawah umur dan belum baligh lagi. Sekiranya anda di beri peluang mengajar pendidikan seks, sekolah mana yang anda pilih? sekolah rendah atau sekolah rendah?

Jom Tengok Yang Ini Pulak:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses

Leave a Reply

Bought at Web.name.my for © 2010 Celoteh Asma. All rights reserved.
Proudly designed by Theme Junkie.