Posted in hiburan on 09/04/2010 12:02 am by admin
Sejuk teliga mendengar pengakuan pelakon cantik jelita idaman jejaka semalaya, Lisa Surihani yang tak nak pakai seksi-seksi bila belakon. Bagus lah kalau macam tu. Tak perlu nak tayang body putih melepak awak tu Lisa. Nanti makin seksa mata-mata kaum adam nak tutup.

Nama Lisa Surihani memang tengah meletop kalah mercun yang meletop di Terengganu hari tu. Jadi, baik jaga elok-elok personaliti sebelum gosip meliar tumbuh. Baru nampak high class artis.
Jom baca kenyataan Lisa pasal ni.
jom baca lagi… »
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Posted in isu semasa on 09/02/2010 10:50 am by admin
Benda paling best sekali menjelang hari raya mestilah mercun kan. Tapi, yang tak sedap dengar pasal mercun ni ramai yang cedera, mati, hancur tangan, dan lebih tragis lagi ada yang rentung atas pokok. Kan dah tak boleh raya. Beraya dekat hospital lah jawabnya.
Kesian pulak tengok mangsa-mangsa mercun. Tambah-tambah yang belum kahwin lagi. Cacat la dia sampai ke tua.

jom baca lagi… »
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Posted in celoteh on 08/29/2010 03:37 pm by admin
Mana-mana gadis dekat luar sana pernah tak korang kena ganggu dengan lelaki? Biasanya kalau lelaki jenis macam tu korang label ape eh? Laki gatal dan miang kan. Jadi, Sah lah dengan sepuluh kali akad lelaki memang gatal. Kegatalan lelaki tak kira umur dan status. Yang bujang gatal dengan caranya, yang dah kahwin pun masih lagi gatal. Apa, tak puas lagi ke dengan bini sorang dekat rumah.
Mungkin ok lagi kot kalau dah ada bini sorang menggatal tapi yang tak boleh terimanya bila laki tu dah kahwin empat pun masih galak nak gatal-gatal. Melampau la kalau empat-empat orang bini tak boleh bagi kepuasan. Baik tak payah kahwin.
jom baca lagi… »
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Posted in Uncategorized, hiburan on 08/28/2010 08:25 pm by admin

Siapa rindu Lisa Surihani dan nak tengok cik mek molek ni dekat tv? Bagi sapa-sapa yang minat bagai nak pengsan tengok Lisa Surihani korang boleh tengok Lisa dalam drama di tv1 malam ni pukul 9 malam. Kalau tak silap aku tajuk drama tu Azan. Cerita dia berunsurkan keinsafan. Biasalah bulan puasa ni semua drama bertemakan agama.
Dalam drama Azan ni Lisa memegang watak utama yang suka berfoya-foya dan lupa pada agamanya. Suatu hari Lisa terlibat dalam kemalangan dan dari situ dia mula insaf. Kalau nak tengok Lisa pakai telekung sembahyang dan kiut miut bila bertudung, jangan lupa tengok sampai habis drama ni. Gerenti peminat fanatik Lisa takkan kecewa.
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.
Posted in Uncategorized on 08/25/2010 12:45 pm by admin
“Anakku Sazali dengarlah..
Lagu yang ayahanda kirimkan…”
Yang dekat atas ni lagu kasih sayang daripada seorang ayah kepada anaknya. Siapa tahu tajuk lagi ni. Dapat teka aku belanja korang. Air suam jela ye. Dah tak payah teka-teka lagi aku pasti korang semua dah tahu kan lagu Anakku Sazali tu. Chop, aku bukan nak buat pertandingan nyanyian lagu asli atau keroncong tapi terasa teringat pulak dekat lagu Tan Sri P. Ramlee bila terbaca cerita buang anak merata-rata. Habis semua tempat dorang ni buang mengalahkan sampah yang hanya dibuang di tong sampah.
Sekarang ni dah makin teruk kes buang anak. Dalam sehari sampai ada dua tiga kes yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan tak tahu lah banyak mana. Majoriti golongan yang terlibat ialah pelajar sekolah. Puncanya sebab seks luar nikah. Kalau tak mengandung tak ada hal lah. Dosa dorang tanggung sendiri.
jom baca lagi… »
Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.